Monday 9 May 2011

KISAH BENAR berlaku pada kawanku....





Kamu mo dgr cita ka???...aq da satu cita mo kongsi n aq mo mnta pndangan n tlg aq tuk fahamkn erti cinta sebenar ya..

cita nya cam nie...
Dulu kan da la sorang budak nama dya ikrullah..bdk nie mo ckp hensom nda gak la tp dya nie jenis yg snang rapat ngan pompuan bab dya kn ramai kakak pompuan...ikrullah msa form 4 sek d sek teknik...dlu dya pena nk bkapel tp pmpuan 2 ckp dya nk study dlu..n ikrullah pun hormati la kputusan pompuan 2...dya mnat ngan pompuan 2 dri sek rndah lg..tp mmg jodoh teda kn..ikrullah kata x pa la...so msa dya form 4 kt sek teknik 2 dya pena cba bkapel tp dya x da prasaan bab mmg dya x mnat ngn spa2 pun kt situ..dya kata jdoh lu da lg..so dya sunyi jak la msa form 4 n fokus ngan study dya..ikrullah nie dduk kt ostel sek 2 bab kg dya jauh dri sek..n dya msa 2 junior la kt sek n kt ostel...

Masa berlalu ngan pantas n thun hdapannya dya pun da form 5 n da jadi senior kt sek n ostel...
Seperti besa spt thn sblm nie mmg da kmasukan student bru kt ostel n mmg ostel kn menerima msuk student ke ostel 2..spt besa senior kn mengendalikn kmasukan plajar n kn wat sesi orientasi kt ostel 2..ikrullah pgawas kt sek tp kt ostel teda la pgang pa2 jwatan..plajar besa jak kt ostel...

Tiba ari yg dnntkn sek membuat pndaftaran tuk student bru n kbetulan ari 2 ikrullah btugas kt dwn mkn tmpat pdaftaran plajar bru kt situ..Ikrullah tgk byk gak junior2 yg cntik msuk sek 2..Ikrullah ckp ngan kwn dya da can nie mo cri cewek..hehehe..Msa 2 da tgh ari n Ikrullah tpandang la sorang gadis yg bole than n cntik d mata nya..mmg Ikrulla nk tackle pun n bhrp bdk 2 msuk ostel..arap2 la..

Rupa2 gdis td 2 cousin pd cikgu maths dya yg mmg rpat la ngan dya..nma ckgu 2 sir azlan..dia pun tnya la spa 2 n sir 2 pun ckp 2 cousin dya n dya ckp npa mnat ka?..n Ikrullah pun ckp la mnat la mo knal ngan dya..sir 2 ckp cuba la klo brani...so Ikrullah pun ngn brani sahut la cbaran sir 2..kn gdis 2 stay ostel snang la ikrullah mo knal ngan gdis 2...








Jd orientasi pun mula la pd 1 mlm..Ikrullah x mnat mo tlibat ngn orientasi 2 cma mnat mo tau spa gak la gdis 2 sbenarnya...Satu ari nie Ikrullah pun branikan dri mo tau spa nma dya kn..n tau la Ikrullah nma gdis 2 Dian nma dya..

Gdis 2 ramai gak yg cba tackle tp Ikrullah busaha tuk dptkn cinta Dian ..Ikrullah slalu tgk gdis 2 dri jauh sbenarnya..n Ikrullah dpt rsakan 2 la jdoh yg dya tunggu slama nie..n pas nie da la org yg kn tmni idup Ikrullah..cuti sem pun bmula abis jak orientasi 2..n sblum cuti 2 Ikrullah da dpt no fon Dian n dya mo msg la msa cuti nnt..so msa cti 2 Ikrullah pun msg Dian..n pas brapa ari msg Ikrullah pun gitau Dian yg dia ska n cinta ngan Dian..first Dian x mo bab takut n pastu Ikrullah pujuk Dian n dian pun stuju pastu..

Maka dari ari 2 bsinar la idup Ikrullah n bmula la kisa cintanya bsama Dian..spanjang mrk bsama d sek byk memori indah yg tlakar n suma 2 x kn pena luput dri ingatan Ikrullah..dia bhagia bsama Dian..n spm tiba n bmkna Ikrullah x da lg d sek 2 sem dpn..dya tkut gak mo tggalkn Dian kt sna bab nnt d rampas ole org len plak..n msa blalu result spm kuar Ikrullah dpt result yg sederhana jak..

Pastu Ikrullah dpt twaran tuk smbung study kt u d swak..n msa 2 lg la dugaan yg kuat akn dtg tuk Ikrullah n Dian..sblum Ikrullah pegi swak 2 mreka da kuar bsama tuk ptama kalinya n msa 2 Ikrullah hepi n bhagia sgt dpt jlan ngan Dian..n ma mereka dduk bsama..byk janji n psanan yg d beri ole Dian pd Ikrullah n dia kn ingt psan 2 bab mmg Ikrullah mo myanggi Dian sorang jak n dia nk bsama Dian tuk slamanya...2 janji Ikrullah n Dian pun janji x kn menduakan cinta Ikrullah..

Msuk jak Ikrullah ke universiti mcm2 dugaan n ujian yg dhadapinya...n pasti akn mbabitkn perasaannya ngan Dian..n Dian pun spm n telah pegi ke semenanjung tuk study komputer bab teda keja nk wat abis spm kn..n Ikrullah pun msuk ke universiti..Semenjak msuk ke universiti pasangan yg dlu bhagia 2 slalu bgduh bab Ikrullah slalu x da msa tuk Dian..n 2 la pyebab mrk slalu bgaduh n Ikrullah slalu mnitiskn air mata krana tlalu cintakn Dian..Ikrullah cuba bsbar n byk bdoa agr jodoh mreka kekal tuk slamanya..pas mrk gduh pasti kn berbaik smula n mmg Ikrullah sayang ngan Dian sorang..

Tapi pd satu hari stelah jrg bhubung d sebabkn Ikrullah slalu teda duit tuk mghubungi Dian..Dian telah mnelefon Ikrullah n mberitahu nk ckp something ngan Ikrullah..Dian mberitahu Ikrullah yg dya da curang ngan Ikrullah n ckp dya da ada org len kt sna..betapa kecewa n hancurnya hati seorang lelaki yg sgt mcintai seorang gadis n selalu bjanji tuk bsama slamanya..Ikrullah mnitiskn lg air mata stelah lma myimpanya..d manakah janji Dian dlu tuk x mencari pengganti Ikrullah..Ikrullah sntiasa bpegang pd janji tsebut tetapi Dian plak sebaliknya..sampainya hati Dian mkhianati cinta Ikrullah yg setia pd nya..biarpun Ikrullah cba membenci Dian tp x bole krana kuatnya ksih syang Ikrullah pd Dian slama nie...d mana janji dahulu?,,x ka Dian myedari pa yg Ikrullah wat skang nie adalah tuk msa dpn mrk ber2..itukah maksudnya cinta..bla kita da boring n jemu kita cri jak org len tuk gntikn dya n pastu mnta break????...tlong la Ikrullah tuk mncari erti cinta yg sbenar...adakah jarak akn memisahkn kasih syang seseorang?????..Ikrullah yg sgt mcintai Dian dperlakukn demikian..x ka Dian syang ngn Ikrullah lg..apakah teda lg kasih sayang Dian tuk Ikrullah...sedangkan cinta n sayang Ikrullah hnya tuk Dian jak...hnya tuk Dian sorang n x kn da lg org len yg bole gantikn Dian d ati Ikrullah...I love u so much sayang...2 la kat yg slalu d ucapkn Dian kpd Ikrullah n Ikrullah bsyukur kerana dkurniakn sorng insan yg sgt mcintai dirinya...tapi kini suma 2 tinggal kenangan n Ikrullah bsendirian lg skang..

Ikrullah mdoakn agr Dian bhagia bsama insan bru yg bsamanya skang n cinta n sayangnya pasti lbh baik dri Ikrullah..Ikrullah bharap Dian akn bhagia slamanya...

Cam 2 la cita aq td betapa cintanya sorang lelaki pd sorang wanita..
Tolong aq tuk fhmkn erti cnta yg sbenar ya......
Please korang......................I LOVE U SO MUCH....
Yg mcintai mu-Ikrullah-.....



Thursday 28 April 2011

KAABAH adalah penentu kiblat bg umat islam?????????????



Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?




KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.




Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..





 http://ilovepahang.blogspot.com/

Sunday 24 April 2011

JOM MAKAN BABI....NI BABI HALAL PUNYE.... DON`T WORRY...



 Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.





Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.





"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”




Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

Thursday 7 April 2011

AKU NAK BARANG NI SECEPAT YANG MUNGKIN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.......

 sebenarnya.. dah lama dah aku idamkan untuk memiliki kamera nikon ni yg berharga beribu-ribu ni.. sejak dari sekolah menengah lagi aku idamkan kamera ni.... tapi sampai sekarang aku tidak dpat untuk memiliki kamera ni... tp ape pon.. aku harap aku dpat gak beli kamera ni dengan usaha aku sendiri.. aku tak nak susahkan sape2... tp AKU TETAP NAK MEMILIKI KAMERA NI... ni lah impian aku... tp klu leh aku nak bli camera NIKON D90 atau D5000 atau D5100.. tp klu leh aku nak bli kamera D90 dlu...



Pic kamera idamanku selama ini..





D90


D5000
D5100
D90


ni charger bateri kamera NIKON..

D90
D90














 Ni lah jenis2 beg kamera untuk Kamera NIKON... cantik2 semua beg.. geram gila aku tengok.






nampak mcm jurukamera pro je bila pkai beg ni.. hehe.




 








Ekssesori kamera Nikon... tp ni just setengah saje... ada bnyak lagi ekssesori kemera NIKON... tp cuma ni je yang aku jumpa... 



























aku berharap sngat untuk memiliki kamera ni... tp ntah la.. bila aku leh dpat kemra ni pon.. aku x tau... so, korg doakan lah ea agar 1 ari nanti aku dpat bli kamera ni.. aku akan beli kamera ni secepat yang mgkin.. sbb aki dah x than dan untuk memiliki kamera ni... dah 3 thun aku idamkan bnda ni... tp dah mcm mengandung la plak aku ni main idam2.. hehehe..

Wednesday 30 March 2011

Apakah Hukum jika kita membacakan ayat al-quran untuk orang yang dah meninggal dunia???....




FAKTA MENGATAKAN ADALAH TIDAK DIANJURKAN..

Adapun membacakan surat Al-Fatihah dan surat-surat lain yang diniatkan sebagai hadiah bagi orang yang telah meninggal dunia, tidaklah dianjurkan. Karena tidak ada nas yang menganjurkannya. Maka sebaiknya ditinggalkan saja. Nabi dan para sahabatnya pun tidak pernah melakukannya.
Namun demikian, disyariatkan berdoa untuk mayit umat Islam, sedekah atas nama mereka dengan jalan berbuat kebajikan kepada fakir miskin untuk mendekatkan seorang hamba kepada Allah. Dan memohon kepada-Nya agar pahalanya diberikan kepada orang tua, baik yang masih hidup atau yang telah meninggal. Sebagaimana sabda Nabi, "Bila seseorang meninggal dunia, maka putuslah segala amalnya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak saleh yang mendoakan kedua orang tuanya" (Diriwayatkan oleh Muslim)
Ditegaskan pula dengan sebuah hadis sahih, bahwaseseorang bertanya kepada Rasulullah, "Hai Rasulullah ibuku telah meninggal dan belum sampai berwasiat tentang hartanya, aku kira jika berwasiat pasti akan bersedekah. Jika aku sedekahkan atas nama ibuku, apakah ia akan mendapatkan pahala". Rasul menjawab, "Iya".
Di antara ibadah lain yang bisa diwakilkan adalah haji, umrah dan membayar utang. Kesemuanya diperkuat dengan dalil yang sahih.

http://www.alquran-sunnah.com/alquran/fatwa/417-hukum-membaca-al-fatihah-untuk-orang-yang-telah-meninggal-dunia.html


Untuk pengetahuan anda, di Negeri Sembilan telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di negeri ini memberi sedikit saguhati kepada pembaca al-Quran untuk menghadiahkan pahala bacaannya kepada si mati. Sehingga timbul pelbagai persoalan mengenai hukum bacaan al-Quran tersebut sama ada sampai atau tidak.
Perkara ini memang sudah lama menjadi perselisihan pendapat diantara ulama’ sejak dari zaman dahulu lagi. Untuk tidak berlaku bias dan berat sebelah. Saya mengemukakan kedua-dua pendapat tersebut untuk tatapan anda.

PENDAPAT PERTAMA : TIDAK SAMPAI

Ada antara mereka berhujahkan hadith berikut untuk membolehkan membaca surah Yasin sama ada untuk menghapuskan dosa si mati atau mengirim pahala bacaan tersebut kepada si mati :
“Barangsiapa yang menziarahi kubur orang tuanya atau salah seorang dari keduanya pada hari Jumaat, kemudian membacakan surah Yasin, maka akan diampunkan dosanya”.
Hadith di atas ini adalah hadith batil, palsu atau tidak ada asal usulnya.  Terdapat di dalam sanadnya seorang yang bernama ‘Amar yang dikenali sebagai pemalsu hadith dan banyak meriwayatkan hadith-hadith yang batil.  Imam Daraqutni berkata tentang ‘Amar “Amar adalah seorang pemalsu hadis”.
Terdapat beberapa ulama’ yang sezaman dengan Imam Syafie yang telah mengharamkan kenduri arwah, salah seorang dari mereka ialah sahabat Imam Syafie bernama Imam Muzani.
Beliau menolak pendapat mereka yang membolehkan kenduri arwah, malah beliau telah menfatwakan tentang pengharaman mengirim (menghadiahkan) pahala dari bacaan al-Quran untuk menyelamatkan orang mati sebagaimana yang diamalkan dalam majlis kenduri arwah, beliau berkata :
“Rasulullah S.A.W telah memberi tahu sebagaimana Allah memberi tahu :  Bahawa dosa tiap-tiap orang adalah buat kecelakaan dirinya sendiri sebagaimana amalannya itu buat kebaikan dirinya sendiri bukan untuk kecelakaan orang lain”.
Terdapat juga segolongan mereka yang berhujjahkan fatwa Syeikhul Islam Imam Ibnu Taimiyah yang pernah membolehkan perbuatan mereka yang menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada orang yang telah mati.
Namun kenyataannya beliau telah ruju’ (menarik balik dan membatalkan fatwa beliau), yang mana beliau telah menegaskan:
“Bahawa bukan menjadi suatu kebiasaan bagi para Salaf al-Soleh apabila mereka mengerjakan solat-solat sunnah, berpuasa, haji dan membaca al-Quran lalu pahalanya dihadiahkan kepada orang yang telah mati”
Penarikan semula fatwa beliau yang pada asalnya membolehkan (menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada si mati) kemudian mengharamkannya, ianya boleh ditemui di dalam kitab Ali Abdul al-Kafi as-Subki “Takmilatul Majmu”
Di dalam kitab “Syarah Muslim” Imam an-Nawawi telah menjelaskan pendapat Imam as-Syafie tentang perbuatan yang diamalkan dalam majlis kenduri arwah iaitu pengiriman pahala kepada orang mati.  Beliau berkata :
“Adapun bacaan al-Quran maka yang masyhur dikalangan mazhab Syafie bahawa tidak sampai pahala bacaan yang dikirim kepada orang yang telah mati”.
Sekali lagi beliau menjelaskan bahawa :
“Adapun pembacaan al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada orang mati, membayar solatnya dan sebagainya, maka menurut Imam Syafie dan jumhur ulama Syafie adalah tidak sampai kepada si mati. Penjelasan seperti ini telah diulang-ulang (oleh Imam Muslim) dalam kitab syarah Muslim”.
Syeikh al-Haitami juga telah menjelaskan :
“Mayat tidak boleh dibacakan al-Quran sebagaimana keterangan yang ditetapkan oleh orang-orang terdahulu, bahawa bacaan al-Quran pahalanya tidak sampai kepada si mati, lantaran pahala bacaan hanya untuk si pembaca.  Pahala amalan pula tidak boleh dipindah-pindahkan dari si pembuat berdasarkan firman Allah S.W.T :  Dan manusia tidak memperolehi pahala kecuali dari amalan yang dikerjakannya sendiri”.
Ada yang berpendapat bahawa ayat 39 di surah an-Najm ini telah dan dimansuhkan oleh ayat 21 di surah ath-Thur.  Imam Syaukani menolak pendapat ini dan beliau berkata:
Adapun makna dari ayat:  (Seseorang tidak akan mendapat melainkan atas usahanya sendiri).  Lafaz dalam ayat ini termasuk umum yang mukhasas, oleh itu tidak tepat kalau ada yang berkata bahawa ayat ini telah dimansuhkan dalam urusan ini, kerana yang khas tidak boleh memansuhkan lafaz umum, tetapi hanya sebagai takhsisnya sahaja.  Maka apabila ada dalil lain yang boleh menentukan bahawa seseorang memperolehi manfaat dari amal orang lain, maka dalil itu sebagai takhsisnya bukan sebagai nasikh serperti ayat yang terdapat di surah ath-Thur: (Kami akan hubungkan dengan mereka itu anak cucu mereka)”.
Namun apabila dibuka secara ilmiah ruang agama untuk membincangkan, mengkaji dan meneliti semula amalan yang diperkatakan di atas, terbukti ia terlalu bertentangan dengan syara’, malah termasuk dalam amalan atau perbuatan yang ditegah, diharamkan dan bid’ah.
Benarnya kenyataan ini dapat dibuktikan apabila kita memahami kesemua hujjah-hujjah dan dalil-dalil syara’ yang dikemukakan oleh para ulama dari kalangan mazhab Syafie.
al quran

PENDAPAT 2 : SAMPAI BACAAN

Menurut Prof Dr Wahbah al-Zuhaili, Mazhab Imam Ahmad dan jumhur salaf dan mazhab empat dan di antara mereka Malikiyah dan Syafi’iyah yang kemudian berpendapat sampai pahala amalan tersebut.
Pendapat Imam Abu Hanifah  :
“Segala pahala dari sedekah dan lainnya sampai kepada mayat. Ia juga berkata : “Bacalah ayat Kursi tiga kali dan surah al-Ikhlas dan katakanlah : “Ya ALlah, Ya Tuhan kami, pahalanya untuk ahli kubur.”
DALIL AL-QURAN :
Al-Sya’ani juga menyebutkan dalil pendapat kedua dari al-Quran, sunnah dan ijmak serta kaedah syariat. Iaitu mereka yang mengatakan bahawa mayat mendapat manfaat atas apa yang dilakukan oleh orang-orang yang masih hidup untuknya.
Dalil dari al-Quran adalah firman Allah S.W.T yang bererti :
“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan tangan), berkata : “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kamu yang mendahului kami dalam iman.” (Surah al Hasyr : Ayat 10)
Maka Allah S.W.T memuji mereka atas istighfar mereka kepada kaum Mukminin sebelum mereka. Maka hal itu menunjukkan bahawa mayat mendapat manfaat daripada doa terhadap mereka seperti juga doa dalam solat jenazah.
DALIL HADITH :
Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin Abdillah, Rasulullah S.A.W bersabda yang bererti :
“Surah al-Baqarah adalah tulang belakang al-Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy’. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al-Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al-Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha Allah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia.
(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al-Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al-Dzam’an. Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al-Musnad dari Ma’qal bin Yasar.
Al-Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma’ al-Zawaid, “Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi-perawi lainnya adalah sahih.
Pendapat dari Imam An Nawawi :
Imam Nawawi berkata :
“Adalah sunnah hukumnya bagi para penziarah kubur untuk mengucapkan salam kepada mereka (penghuni kubur), mendoakan kepada orang yang diziarahi dan juga kepada ahli kubur semuanya. Lebih utama lagi, jika penziarah itu membaca doa-doa yang telah diterangkan dalam al hadith. Dan hukumnya sunnah pula membaca ayat-ayat al Quran dan setelah itu mendoakan para penghuni kubur. Ini semua adalah nas (pendapat) dari Imam al Syafie dan disepakati oleh murid-muridnya (para pengikutnya) – al majmu’ syarh al muhazzab -
Pendapat Imam Ahmad :
Imam Ahmad pada mulanya pernah melarang seorang buta daripada membaca al-Quran di atas kubur, kemudian beliau (imam Ahmad) mengizinkannya setelah mendengar khabar yang mengatakan Ibnu Umar pernah berwasiat supaya dibacakan permulaan dan penghujung surah al-Baqarah di sisinya ketika dikebumikan.
Kisah ini disebut oleh Ibnu Qudamah di dalam kitabnya ‘Al Mughni di dalam masalah : Ziarah Kubur.
Berdoalah kepada ALLah agar pahala kita membaca ayat al Quran sampai kepada si mayyit kerana ALlah sendiri telah berfirman yang bererti :
“Dan Tuhan kamu berfirman:
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Surah al-Mukmin : Ayat 60)
http://www.imranshamsir.com/al-quran/bacaan-al-quran-pada-orang-yang-telah-mati/


FAKTA MENGATAKAN ADALAH DIANJURKAN..

Muhammad bin Ahmad al-Muruzi berkata : Aku mendengar Ahmad bin Hanbal berkata : “Apabila kamu masuk ke kubur, bacalah fatihah al-Kitab dan ayat Muawwizatain dan surah al-Ikhlas. Jadikanlah pahalanya untuk penghuni kubur itu kerana pahalanya itu sampai kepada mereka.”
Di dalam kitab al-Azkar di bawah tajuk : “Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian?. Imam al-Nawawi menyebutkan : “Al-Syafi’ie dan para sahabat (ulamak Syafi’iyyah) mengatakan : “Disunatkan membaca disisi kubur sesuatu daripada ayat al-Qur’an. Mereka mengatakan : Jika mereka mengkhatamkan al-Qur’an kesemuanya maka itu adalah (sesuatu yang) baik.” (al-Nawawi, al-Azkar, Dar al-Makrifah : Beirut, 1996, hlm 142 )
Imam al-Zahabi di dalam Takzikah al-Huffaz ketika membicarakan biodata al-Khatib al-Baghdadi menyebutkan : “Tatkala beliau meninggal dunia orang membacakan al-Qur’an di atas kuburnya dengan beberapa kali dikhatamkan.”
Imam al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata : “Aku bertanya kepada al-Syafi’ie tentang bacaan al-Qur’an di kubur. Lalu beliau menjawab : “Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya : “Orang Ansar apabila berlakunya kematian dikalangan mereka, maka mereka selalu mengunjungi kuburnya untuk membaca al-Qur’an di sisinya.”
Al-Khara’iti di dalam kitab al-Kubur menyebutkan : “Menjadi Sunnah kebiasaan ornag-orang ansar apabila mengusung mayat mereka membaca surah al-Baqarah.”
Al-Qurtubi mengatakan : “Sebahagian ulamak kami mengemukakan dalil sampainya bacaan al-Qur’an ke pada si mati dengan hadis berkenaan pelepah tamar yang dibelah dua oleh Nabi SAW. Kemudian Baginda memacaknya satu di atas kubur orang ini dan satu lagi di atas kubur yang lain. Kemudian Baginda bersabda : “Mudah-mudahan ia dapat meringankan mereka berdua selagi kedua-duanya tidak kering.” Riwayat al-Syeikhain : Bukhari Kitab Wudhu 218 dan Muslim al-Thaharah 111/292)

Bagi saya, jika pacakan pelepah tamar yang basah dikubur boleh memberi manfaat kepada si mati, bagaimana pula halnya dengan bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an yang dihadiahkan kepada si mati.? Tentunya bacaan ayat suci itu lebih istimewa dari pelepah tamar berkenaan.” Cumanya perbuatan Baginda memacak pelepah tamar tersebut adalah salah satu dari kepelbagaian yang boleh membantu mereka yang telah meninggal dunia. Wallahu’alam.


Ibn Qayyim (ketika membicarakan panjang lebar tentang sampainya pahala amalan-amalan yang dihadiahkan kepad si mati beserta dalilnya) mengatakan : “Adapun membaca al-Qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati secar sukarela tanpa mengambil upah maka ia sampai kepada si mati sebagaimana pahala puasa dan haji…” (Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, al-Ruh, hlm 152-159)

Imam Ibn al-Solah ketika menjawab penghujahan ayat 39 surah al-Najm mengatakan : “ Apa yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah seseorang itu tidak mempunyai hak atau menadapat balasan melainkan apa yang diusahakannya. Ini tidak termasuk amalan yang dilakukan untuknya secara sukarela oleh orang lain seperti membaca al-Qur’an dan berdoa…”

Syeikh Ibn Taimiyyah mengatakan : “Barangsiapa yang berkeyakinan bahawa manusia tidak dapat mengambil manfaat kecuali dengan amalannya sahaja beerti dia telah melanggar ijmak. Pendapat itu terbatal dengan beberapa sudut…” Ibnu Taimiyah pernah ditanya tentang bacaan Al-Quran untuk mayat dan juga tentang tasbih, tahmid, tahlil dan takbir jika dihadiahkan kepada mayat. Sampaikah pahalanya atau tidak? Maka beliau menjawab sebagaimana tersebut dalam kitab beliau;”Sampai kepada mayat pahala bacaan Al-Quran dari keluarganya, Dan tasbih, takbir serta seluruh zikir mereka kepada Allah apabila mereka menghadiahkan pahalanya kepada mayat akan sampai pula kepadanya” (Ibn Taimiyyah al-Harrani, Majmu’Fataawa, jilid 24 hlm 324)


Imam Ibn Muflih al-Hanbali di dalam al-Furu’ mengatakan : “Tidak dilarang untuk membaca al-Qur’an di atas kubur atau tanah perkuburan. Telah dinaskan ke atasnya oleh Abu Bakar, al-Qadhi dan sebahagian ulamak dan ia merupakan pandangan mazhab…” (Ibn Muflih al-Hanbali, al-Furu’, hlm 304 juz 2


http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2593.0

Monday 28 March 2011

SQUADKU SEBAGAI PALAPES UDARA UITM SERAWAK



Assalamulaikum smua...
skrg aku dah jd sebagai seorg Pasukan Latihan Pegawai Simpanan [PALAPES] UDARA... 
mula2 kte org ada seramai 35 orang pegawai kadet.. 
tp ramai yg berhnti sbb tak than dgn aktiviti fizikal n mental..
tp skrg ni.. yg tinggal cuma ini sahaja...
iaitu seramai 14 org... 5 gurl dan 9 lelaki... 



Ni lah time kami junior yang mula2... memang meriah... 
sbb ramai....

 

ni adalah pic smasa Pertandingan Merentas Halangan 2011..

barisan belakang dari kiri : naz, rudolf, lukas[bekas PALAPES], saya, rasul, adi, wan..
barisan hadapan : hisham, brunella, hafizah, maziah, hanizah, mirul, mat..

 
Squad lelaki sahaja... hahaha..

berdiri dari kiri : NAZRIN , HISHAM , MAT, RASUL, WAN, FAIZ [saya sendiri]...
duduk dari kiri : MIRUL , ADI, RUDOLF...


ni je lah yg tinggal dl  Squad ku..
dan kte org juga adalah pengambilan yang terakhir pada abad ini..
lpas ni cma ada pengambilan utk Ijazah sahaja... 
diploma dah tidak boleh untuk joint PALAPES lg... 
kte org ini adalh pengambilan yg ke 7 dan last.. hahahah...