Thursday, 25 July 2013

SUBJEK DEGREE UNTUK FAKULTI AGROTEKNOLOGI DAN PERLADANGAN

assalamualikum kawan2 ladang semua..
nie semua sbjek yg kita perlu ambil untuk degree universiti teknologi mara..
semua ada 6 sem..
ada jugak sbjek yg kita dah amik...
mne sbjek yg kita dah ambil..
aku x tau mcm mne..
heeee...




nie aku setakan skali link untuk dftar course uitm..

Wednesday, 24 July 2013

DARIPADA KADET MENJADI PEGAWAI TENTERA

assalamualaikum semua... msti korg x tau apa itu PALAPES kan..
PALAPES tu ialah PAsukan LAtihan PEgawai Simpanan...
tp aku joint PALAPES TUDM..
bnyak kemudahan yg kami dpat mcm elaun, pakaian dan kelebihan bila IPT...

kami menjadi kadet untuk selama 3 tahun jer..
lepas tu kami ditauliahkan sebagai LEFTENAN MUDA PSSTUDM...

PALAPES di UITM nie cuma ada di 5 cawangan jer, iaitu di :

1. UITM ARAU : DARAT
2. UITM MELAKA : DARAT
3.UITM DUNGUN : DARAT
4. UITM SARAWAK : UDARA
5. UITM SHAH ALAM : DARAT.UDARA DAN LAUT

nie gambar sekitar majlis pentauliahan pegawai kadet semasa di UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.




semasa hari kejadian :








 nie gambar semasa mess night di hotel ape ntah..
bayar mess night sorg RM200 tp x knyang langsung.. hehehe..







kalau nak tgk gambar lebih bnyak..
click link kat bawah nie..

nak tgk video pon leh gak...
http://www.youtube.com/watch?v=_yjD0Ejp3Ao












Thursday, 16 May 2013

GAJI CEO DI MALAYSIA


Gaji CEO-CEO vs Orang Besar Malaysia vs Gaji Menteri Malaysia

Hari nie aku teringin sangat nak kongsi ngan korang suma, tentang gaji ceo-ceo kat Malaysia, bukan apa keje aku kadang-kadang depan LAPTOP nie, asyik2 tengok gaji orang jer..Mungkin bila aku tengok gaji mereka nie tinggi, mungkin gak la, sikit sebanyak dapat bagi aku semangat yang tinggi untuk berjaya mcm depa gak suatau hari nanti..InsyaAllaha Usaha Tangga kejayaan orang kata, so bagi aku suma tue tak jadi masalah yang penting kita usaha untuk memiliki nya..Betul tak?? Bila pikir-pikir, gaji sebulan dah sejuta lebih..huh, bende apa yang nak pun petik ja jari leh dapatkan..kadang2 berangan gak aku nie…apa2 pun, bagi aku biar la duit setinggi mana pun..duit untuk AKHIRAT jangan la lupa cari lak yer…ok jom kita tengok gaji sorang2 k..selamat membaca…
BEKAS CEO MAS : DATO IDRIS JALA
Kalau sebelum ini, Idris Jala merupakan CEO MAS yang mana pendapatannya adalah sekitar RM100,000. Sekarang ini, beliau sudah pun meninggalkan sektor swasta untuk menyertai barisan kabinet Malaysia yang ada pada hari ini apabila dilantik sebagai senator dan menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berdasarkan laporan tahun 2008, pendapatan bagi Ketua Pegawai Eksekutif MASini di antara RM1 juta sehingga RM1.5 juta setahun.
Setelah bergelar MENTERI
Elaun bulanan sebagai Datuk Idris Jala adalah sebanyak RM14,907, 20 ditambah dengan jawatannya sebagai senator di mana beliau turut menerima RM4,112.79. Ini tidak termasuk beberapa faedah dan inisiatif lain yang bakal anda lihat di bawah ini nanti yang jumlah minimumnya adalah sebanyak RM25, 619.99. Tetapi untuk setakat hari ini belum dapat dipastikan adakah imbuhan yang diterima termasuk sekali tugasan beliau selaku Ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan juga ketua bagi unit KPI kerajaan Malaysia.
PEMIMPIN TERTINGGI
Kalau sebelum ini saya pernah menyentuh gaji pemerintah atasan sebelum ini, kali ini maklumat lebih terperinci berdasarkan laporan tahun yang dikeluarkan lewat tahun 2009.
Gaji Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
GAJI PERDANA MENTERI NEGARA LAIN :
Gaji Perdana Menteri Singapura : Lee Hsien Loong
s$3 juta setahun (RM7.25 juta setahun, RM600,000 sebulan)
Gaji Presiden Amerika : Barack Obama
US$400,000 setahun(RM1.4 juta, RM116,666 sebulan)
Gaji Perdana Menteri Britain : David Cameron
£194,250 (RM1.1 juta, RM91,666 sebulan)
Gaji Perdana Bekas Menteri Australia : Kevin Rudd
AU$330,300 (RM942,570, RM78,560 sebulan)
Kalau di negara Singapura, gaji Perdana Menteri diberikan setara dengan gaji ceo bagi kebanyakan syarikat gergasi di negara berkenaan. Ini kerana mereka beranggapan tugasan dan cabaran yang digalas oleh pemimpin Singapura adalah sama dengan penaung syarikat terkemuka di negara kota Singa itu. Berlainan pula, gaji CEO di Malaysia adalah jauh yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri dan juga barisan kabinet Malaysia. Pendapatan mereka ini termaktub dalam Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 [Akta 237]
1) Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak
CEO CIMB Group Holdings Berhad
RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)
2) Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)
CEO Sime Darby Berhad
RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)
3) Datuk Yusli Mohamed Yusoff
CEO Bursa Malaysia
RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)
4) Datuk Seri Abdul Wahid Omar
CEO Maybank Berhad
RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)
5) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin
Boustead Holdings Berhad
RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)Elaun Ahli Dewan Rakyat Dan Ahli Dewan Negara
Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari
Elaun Hiburan : RM1,500
Elaun Istimewa : RM1,500
Elaun Pengangkutan : RM1,500
Elaun Telefon : RM900
Elaun Pemandu : RM1,200
Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan : RM150 sehari
Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi : RM350 semalam (maksimum)
Lain-lain kemudahan:
Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :
a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000

wah sekarang aku nak bercerita tentang gaji CEO BESAR TNB kite nie pulak yer..Dulu penah kecoh gak la tentang gaji dia..Diantara CEO syarikat GLC kta negara kite nie lakan aku rasa la..beliau la gaji yang paling banyak sekali..mana tak nya, gaji pun dah cecah juta sebulan..memang kaya dia nie..kalau tak cayer tengok statement nie :

NAMA : DATO’ SERI CHE KHALIB BIN MOHAMAD NOH
JAWATAN : CEO TNB
GAJI : RM 1,107,280,00
Agak-agak sapa la mamat sorang nie, yang penting nama dia bukan mamat k..kalau korang nak kenal yang nie CEO SYABAS, SELANGOR..Bos besar air Selangor yang nie la…

NAMA : TAN SRI ROZALI BIN ISMAIL
JAWATAN :CEO SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd) & PUNCAK NIAGA HOLDING
STATEMENT GAJI ; Setahun – RM5.1juta
Sebulan – RM425,000
Sehari (8jam) – RM14,166
Sejam – RM1,770
Seminit – RM29.51
Macam mana la, beliau tak termasuk antara 40 orang terkaya di Malaysia, tengok la gaji bulan dia pun. dah leh tahan ber tahun dah untuk makan..hihi. aku rasa memang layak la depa gaji mcm tue, mungkin berkat usah mereka sendiri… so kita yang orang kebanyakan nie jangan la pertikai gaji2 mereka nie..kalau nak dipikirkan ingat mudah ka jadi CEO, mereka nie ibarat pemandu sesebuah syarikat, kalau silap la jalan di bawanya maka silap arahtuju mereka..so memang depa layak la memilik kekayaan seperti nie..dan tak mustahil bagi kita nie untuk jadi mcm mereka nie pada masa akan datang,so apa lagi kene usaha la yer,Amin….

Wednesday, 15 May 2013

MENTERI 2013



Senarai penuh kabinet Menteri dan Timbalan Menteri tahun 2013



PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

Monday, 13 May 2013

GAJI SULTAN DAN MENTERI


AGONG DAN PERMAISURI
Aku mulakan dulu allowances untuk Agong dan Permaisuri Agong.Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.
1. Privy Purse – RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun kerajaan – RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara – RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)
So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 .
Elaun untuk Permaisuri Agong ialah
1. Privy Purse – RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun kerajaan – RM21,600 (RM1,800 sebulan).
Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.
Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut
1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong
Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.
Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.
1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan.
Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?
Pencen khas untuk balu Agong
Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu meninggal semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).
So, ini lah yang Siti Aishah dapat.
1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.
Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)
Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.
1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480
So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.
Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah
1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan.
Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.
Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda – RM13,000
Raja Puan Muda – RM5,200
Tunku Bendahara – RM4,000
Bini Tunku Bendahara – RM1,250
Tunku Temenggung – RM3,500
Isteri Tunku Temenggung – RM900
Tunku Laksamana – RM3,000
Isteri Tunku Laksamana – RM600
Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.
Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.
Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen
Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 ….
Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,
Perdana Menteri – RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri – RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet – RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet – RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen – RM7, 187.40
Ahli Dewan Negara – RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) – RM4,112.79
Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.
Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.
Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Sunday, 21 April 2013

LATIHAN LANJUTAN PALAPES UDARA UITM SARAWAK

tarikh     :  15-19/04/201
tempat   :   UITM Sarawak, Swimming Pool, Gunung Santubong, Gelanggal sukan (Golden Hawk)


Thursday, 11 April 2013

PALAPES UDARA UITM SARAWAK

BATCH 7

setelah 3 tahun berkhidmat di dalam PALAPES UDARA UITM SARAWAK, akhirnya pada bulan 7 ini kami akan ditauliahkan sebagai seorang PEGWAI MUDA. majl
is tauliah ini akan dibuat di UNIVERSITI MALAYSIA SABAH di KOTA KINABALU pada 7 julai 2013 ini.

asalnye kami seramai 36 orang tetapi setiap tahun akan telah berkurangan dan sekarang cuma tinggal 8 orang sahaja iaitu 7 PK dan 1 PKW. sepanjang menjalani latihan sebagai seorang pegawai kadet seorang demi seorang telah gugur kerana terlalu perit ujian dari fizikal dan mental.

kamilah BATCH 7 (last batch)


MASE MULA2 PNGAMBILAN TAHUN 2010









senarai nama PEGAWAI KADET (last batch) UITM SARAWAK

1. SITI HANIZZAH BINTI RAMLI (JOHOREAN)
2. FAIZ WAIE BIN AZMIN (JOHOREAN)
3. MOHD AMIRUL ARSYAN BIN MOHD ZAINOL (SARAWAKAN)
4. MOHD HISHAM BIN ABU (SABAHAN)
5. MOHD SHAFWAN AKMAL BIN BAHAROM (PERAKAN)
6. MUHAMMAD NAZRIN NAZLIN BIN NASRUDIN (SELANGORAN)
7. RUDOLF BANDOK ANAK GIMA (SARAWAKAN)
8. WAN MOHD NIZAMUDDIN BIN MOHD AZAHARUDDIN (SABAHAN)